Tuesday 27 September 2011

Final 1

Assalamualaikum uolls..

Ok tadi dah selesai subjek Islamic Financial System (IFS) , soalan not bad la. Ada yang saya baca tu masuk dan ada juga soalan yang saya rsa masuk tapi tak masuk. Ok tahu dan faham, saya tak boleh jadi tukang nujum.. Khamis ni Islamic Civilization lak T_T

Tapi tadi ada masalah lah, masalahnya syaitan bergayut kat bulu mata ni hah! Soalan ada 3 section. Jawab section A, tidur.. Bangun jawab section B, then tidur lagi dan begitulah seterusnya. Padahal semalam dah tidur awal. Mungkinkah faktor bilik peperiksaan tu? Selesa yang amat kot~


p/s : sakit gigi pulak makan Milo breakfast cereal ni, mungkin sebab bukan time breakfast kot.. =P



Monday 26 September 2011

Please show me the ...



Assalamualaikum uolls ~


Not only customers but parents are always right too.. but to all parents, please show some respect to ur children if u want them follow ur orders.


 "Yang muda disayangi, yang tua dihormati"
For the useless daughter like me, although I'm 20 but I'm still a daughter who want guide,love,care from a person called parents. Show me the right way, teach me when I'm forget about it, scold me if I'm really² wrong but don't break my heart with ur killer words. *dah2 la guna English, berterabur habis!


----------


Saya tak tahu anak-anak lain macam mana, mungkin hati mereka seteguh akar pokok yang rantingnya berselirat ke dahan² lain. Mungkin juga hati mereka setabah dan telinga mereka tebal. Atau mereka juga mungkin seorang anak yang hanya tahu memendam rasa seperti saya?


Anak dikatakan menderhaka sebaik sahaja menjawab apa yang parents ucapkan. Tepuk tangan anda jika anda tergolong dalam golongan ibu bapa yang memahami dan anak-anak bertuah. Saya tahu, masalah saya bukanlah besar, ada lagi individu² lain yg mempunyai masalah yg lagi besar. Dan ada lagi yg mempunyai masalah lagi teruk dengan parents mereka. Update ni bukan nak memperkecilkan para ibu bapa tetapi sekadar berkongsi rasa.


Bila dada sebak, otak sarat , jiwa kacau anak akan protes tapi berapa kerat sangat parents yg faham? Jika anak melakukan sesuatu,dan ianya bersebab kenapa perlu dimarah tanpa bertanya dahulu sebab? Dan jika anak mahu menjelaskan keadaan, kenapa harus disekat?


Parents always right, parents like a diva , parents my guardian angle


Sampai bila status diatas kekal dibibir anak? Atau parents fikir anak tiada hak untuk naikkan atau jatuhkan status tersebut? Sesetengah anak² keliru dengan sikap parents mereka, selalunya apa yg dilakukan oleh parents dijadikan panduan walaupun anak itu sudah besar. Jangan ... jangan sesekali marahkan anak jika suatu hari nanti apa yg parents lakukan akan terkena dan diulang tayang dihadapan parents kembali. Parents yg menjaga hati orang tuanya dan menjaga kebajikkan masyarakat amat dipuja dan meniti di setiap bait² doa di bibir si anak, tetapi apa yg peliknya disini sikap itu berubah apabila parents yg tadinya dipuja tidak sebegitu apabila bersama dengan anak. Apa alasannya?


Anak harus diajar dengan ketegasan baru nak dengar kata


Diatas itukah alasannya? Berpada-padalah.. Jangan melampau kerana itu membuatkan si anak takut, bukan hormat. Membuatkan anak seram,bukan sayang. Membuatkan anak protes bukan angguk.  Sesetengah parents melakukan hal sedemikian untuk anak mereka tanpa mereka fikir kesan mendatang.


Jaga kata-kata,kerana dengan kata-kata juga sesebuah kontrak boleh terbatal dan sesebuah ikatan boleh terputus. Jangan bermain dengan kata. Anak juga yg akan menjaga parents ketika parents sudah tua, anak yg mana? Biarlah kekal rahsia dan akan diketahui di hari akan datang...




p/s : kalau ada choc waktu macam ni kan best =)







Teamviewer seram!

Assalamualaikum uollss~

Update lewat malam sambil layan lagu Cinta Dan Benci - Geisha .. "sungguh aku tak bisa,sampai kapan pun tak bisa membenci dirimu..sesungguhnya aku tak mampu..."

Sikit² sudah .. Saya sebenarnya tak tahu nak update ape ni (boleh pulak macam tu kan?), tengah study rasa mengantuk so rindu la pulak dekat blog baru ni. Selasa ni saya dah start final, so rasanya sempat lagi ke nak update? Berfacebooking pun dah lama tak, sebab kawan conquer laptop guna teamviewer. Maklumlah backup file dalam laptop saya,macam tu lah jadinya. Tapi tak marah pon sebab tak ganggu. =)

So, wish me luck. Harap² result semester ni naik lagi lah, untuk merasa 4.0 macam si dia tu rasanya tak la kot. Bukan give up tapi si dia tu praktikal, so boleh la kan nak 4.0 (nak menang jugak ni..haha) . Dan semester depan dah last dah =) tak sabar nak berbakti kat parents ni !

Tentang title kat atas tu, abaikan jelah ye (=

p/s : lenguh betul meniarap ni..



Saturday 24 September 2011

Kahwin ohh kahwin

Assalamualaikum uollss :)





Ape cer je hari ni?
Malam ni duduk layan video artis-artis kahwin , gempak sangat. Sentap kejap mak ni nyah oii ~ Kalau saya yang buat majlis sebegitu gempak, nampaknya lepas kahwin tu makan pasir la sebulan. Ok saya tak tahu la majlis orang lain kan, tapi ni majlis saudara sendiri yang saya rasa macam biasa je pun dah cecah ribu riban dik oii.

- Wedding planner bajet mesti lebih dari RM10k (pelamin + hotel + flower girl/boy + dll)
- Baju yang vogue tu pun ada kena bayaran tambahan jugak so sedia la seribu dua
- Majlis berinai sahaja RM1.5k (kalau saya,saya beli inai dan suruh adik inaikan je)
- Hantaran (barang-barang) dah cecah around RM30k ++ (agak la kan kalau dah iPad,Blackberry,dll *dua-dua belah pihak dapat) , tu   bukan lagi letak barang jenama Fendi 
- Duit hantaran (depends)
- Doorgift + cup cakes + dll around RM8k
- Majlis belah lelaki (diorang punya kos lah)
- Dan beberapa benda yang saya tak tahu nak sebut untuk dimasukkan dalam bajet.

So setakat yang saya cakap tu, berapa dah kos? Ok memang banyak! Saya bukan nak jaga tepi kain orang cuma saya nak kata kepada pembaca yang tak kahwin lagi ni, korang dah boleh start menabung sebab semakin tahun kos semakin mahal. Dapat pulak future wife yang high-maintenance, padan muka!

Balik semula kat saya menyelam di dunia maya tadi, saya baru dapat tahu yang Nabil & Zira nak kahwin 2/10/11 ni, Aqashah dah dapat anak , Danny X- Factor dah kahwin dan beberapa lagi lah. Sweet la *sebab dah kahwin sebab tu sweet, try tengah couple.. Saya malas nak kata sweet =) Tapi yang lain tu banyak gossip artis lah. Dosa free pulak =)

Bercakap soal artis ni, sepupu saya pun duk tengah tangkap cinta dengan seseorang ni. Jeng3... Walaupun orang sekeliling kata tak payah la dengan artis, bukan kekal pun sepupu saya akan jawab "jodoh tu biar Allah yang urus, aku usaha je", so apepun semoga kekal lah =)

Cakap pasal orang, korang bila lagi? Saya? Doakan cepat saya habis study, cepat la berlangsung =)

p/s : comel betul bunyi budak tu tido




Bersuamikan Mr/Ms. X ?

Assalamualaikum

Yup, sekadar contengan lagi nak kupas satu topik yang rasanya menarik. Menarik untuk pasangan yang tengah hot couple dan juga yang single mingle. Pernah tak korang bayangkan yang parents korang bertindak tanpa berbincang dengan korang? Soal perhubungan .. percintaan .. perkahwinan... ?

Pernah tak korang bayangkan korang akan berpisah dengan si dia yang korang puja sekarang ni? Pernah?

Perhubungan yang korang bina atas dasar cinta akhirnya terputus di tengah jalan angkara plan parents. Masa tu nak melatah, mencarut pun dah tak guna. Memang betul jodoh itu rahsia Allah S.W.T , tapi mungkin juga melalui ibu bapa atau korang sendiri.

Bila semua dah setuju tanpa rela atau tidak ....

Saat korang (lelaki) nak akad, bermula disitu tanggungjawab korang. Nak tak nak, korang kena jugak bimbing wife korang. Dan korang (perempuan) , setelah bergelar isteri segala tanggungjawab sebagai isteri korang kena turut. Mana boleh jadi macam Maya dalam cerita Adamaya tu ... Tak baik, tak bagus.

Selepas akad ...

Hah, masa ni apa pulak ceritanya? Takkan nak jadi macam Nora Elena kot, bila Seth datang je kat tepi dia terus bangun. Lama mana sangat bertahan macam tu? Last sekali pregnant jugak kan? Perhubungan suami isteri berjalan seperti pasangan lain atau tidak? Tu tanggungjawab bersama. Bagi suami yang faham situasi, mungkin masa ni dia akan bagi time-space kat wife untuk cool dan ready. Bukan main terjah je, tapi tu untuk suami memahami. Bagi yang tidak? Nasib badan ke?

Hari mendatang ...

Time nak tidur, isteri duduk hujung katil tu.. suami duduk hujung katil ni. Bangun je tidur, keadaan terpeluk. Cepat-cepat bangun dan betulkan baju (selalunya ni perempuan yang buat sebab saya tengok lelaki ni dia mudah adapt dengan situasi), muka merah je terus masuk bilik air. Keluar dari bilik air pulak, paksa suami mandi sebab malu nak salin baju depan suami. Suami keluar bilik air, isteri terus keluar bilik atas alasan nak sediakan sarapan. Berterusan macam ni sampai bila?

Miracle ..

Hanya keajaiban je boleh membuka mata dan hati untuk menerima orang asing. Tapi bila keajaiban tu nak muncul? Kita kena cari, kita kena usaha.. Kalau tak sampai bila zuriat takde dan mungkin hubungan tu akan berakhir dengan perceraian. Watch out!

Game ..

Pada pandangan saya, benda macam ni macam menyeronokkan. Belajar dan kenal sesuatu yang baru , mengenali dalam tempoh sudah sah suami isteri. Mesti sweet habis lah kan? Masih segan-segan, malu-malu then berputik la cinta tu.. Sayang pun datang jenguk ke jendela hati.
Nampak macam saya pulak lebih-lebih kan? T_T

Game error ...

Bercinta selepas kahwin macam kakak saudara aku, sweet sangat. Tak pernah kenal tapi sekarang anak nak masuk 3 dah. Bercinta lepas kahwin katanya. Tapi banyak sekarang isteri-isteri bukan nak take advantage, tapi banyak tempah bilik kat neraka. Makin tak kenal makin tunjuk hebat. Nak kata yang "ehh tanpa kau pun aku boleh hidup la", "kau boleh jalan la, takat muka macam kau ni ex aku lagi kacak la"... Rugi je la macam tu, bukan rugi pun.

Kesimpulan ..

Kena fikir positif, mungkin jodoh tu yang terbaik untuk kita dan mungkin ex kita tu dapat jodoh yang lagi bagus dari diri kita yang serba serbi kurang ni. Ikhlaskan hati.. Nikmati nikmat diberi dengan sepenuhnya


p/s : terasa lapar la pulak, bawah saji ada ape ye?

Friday 23 September 2011

Aku pelupa?

Assalamualaikum uolls~

Rasa malu menebal masa nak taip ni, malu pada diri sendiri la. Yelah sebab pelupa ! Nasib baik la nama sendiri tak lupa.

So, dengan kehadiran blog ni saya akan berusaha untuk tak lupa password. Akan berusaha bersungguh-sungguh! Nampak x kesungguhan saya ni?


p/s : cinta selepas kahwin? membantu atau terbeban?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...