Sunday 18 March 2012

Hargai Walaupun Sekeping Contengan Nota Ronyok

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah.. Kerana? Kerana aku ingat password blog ni. Kalau tak alamatnya akan terhasillah blog ke-4 dalam sejarah hidup gadis nyanyuk.

Tadi aku stress tahap gaban tapi bila aku dapat buka je blog ni, aku gelak guling-guling. Bukan sebab teruja dapat teka password, tetapi sebab aku tengok bawah sekali LilySlim. 5 bulan dah sepatutnya aku diet, tapi diet aku hancur lepas 11 hari. Bagus betul bakal kaka-in-law Udin ni, hewwhewwheww...

Baca last update 21hb, mungkin aku masa tu dah pasang niat yang masuk je 2012 ni aku akan rajin update. Tetapi tengoklah, aku dah terskip sebulan lebih. Sangat bagus.. bagus...bagus betul bakal menantu Abah Wi ni..har..har..har..

Minggu ni minggu penghabisan final aku, esok paper Law In Banking. Tapi aku dah tak tahu nak baca apa, bukan sebab semua benda aku dah ingat tapi sebab aku cari apa yang kemungkinan masuk exam esok dalam buku, tapi....tapi...takde! Dangg!!! Maka aku salin balik berkali-kali short note. Bagus betul aku ni.. bertuah course leader aku Puan Dini sebab dapat anak didik macam aku ni ha...

Aku 'rogol' habis semua file yang ada semata-mata mencari apa yang boleh digunakan. Aku tarik satu persatu, tarik satu aku tengok kertas yang kawan aku conteng katanya dia nak warna rambut. Aku tarik lagi sekeping, kertas yang penuh aku tulis "ngatuk gilo... mapuh doh..mapuh...", tapi aku masih tak yakin yang aku tulis sebab tulisan tu cantik. Aku berusaha tarik lagi isi perut file, aku jumpa lagi lirik lagu, resipi kek, resipi lasagna, resipi apam polkadot. Ahh... givap aku. Aku terbaring letih atas lantai, memandang atap bilik aku yang nampaknya bocor sikit. Tangan aku masih meraba badan file yang taj berapa nak montok, aku tarik. Ahhah! Nota...ada lah jugak gunanya. Entah bila aku salin, ronyok sangat lah rupanya...

Habis final ni, aku rehat dulu dan sambung belajar bulan 6. Ok ni belajar sebab apa pulak? Sebab taknak orang sibuk suruh aku kahwin ke? Atau kerana maruah? Maruah lah sangat kan... Pheww..
Sebabnya, sapa nak hire budak diploma? Aku bukan budak SPA yang konfirm kerja dowh.. Aku budak yang kena bersaing nak dapat tempat. Bersaing pulak bukan bersaing dengan manusia, tapi dengan teknologi.

So 2 bulan dirumah, dah semestinya abah aku tak kasi aku kerja. Dia bukan percaya kat aku pun,mungkin sebab aku comel sangat kot. Wekk! Korang ada nak kasi kerja kat aku? Selain dari jaga adik aku, pergi kelas insurans yang aku belum pasti pergi ke tak, aku pun tak tahu nak buat apa kat rumah.


  • Tolong owner Stor Kecil semak typo dalam tulisan dia sebelum dia hantar ke part filter? Ni ada kemungkinan, tu pun kalau dia contact aku.
  • Stor Kecil suruh aku buat 3D card, katanya modal dia kasi. Ni pun ada kemungkinan.
  • Belajar jahit baju + manik. Yang ni pasti disokong kuat, nanti ada anak aku dapat jahit baju anak-anak aku sendiri.
  • Belajar memasak dengan lagi bagus dan buat kek. Yang ni pun sangat mungkin.
Yang paling pasti, habiskan novel yang berlambak aku beli belum baca tu. Tapi, selain yang di list diatas, ada tak benda yang enjoy dan tak perlu serabut nak fikir dan tak letih? Kalau ada, kasi tahu aku ye. Satu lagi, kena ada untung. #demand.


p/s : harap tak lupa dah password..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...