Friday 22 June 2012

Kuekk...kuekkk...

Assalamualaikum,


Wah..wah..wah terdetik nak menulis terus online dan bukak blog. 
Hari ni...hujung minggu,yah!
Minggu depan ada quiz,exam walaupun baru minggu kedua. 
Assignment pun banyak dah, tapi yelah newbie dalam bidang yang ditempuhi sekarang jadi aku terus stuck dan kaget bila dapat assignment kena buat appointment dengan orang ni. 
Pendapat... aku mau pendapat tapi tak tahu nak tuju kat mana memandangkan masing-masing sibuk.
Nanar jugak aku dibuatnya ni.. T_T






Hati rasa uneasy, macam something will happen. Rasa semacam jelah ni, semua benda jadi tak kena rasanya.
Aku ada tanya hamba yang boleh dipercayai..


"wehh,nampak aku semacam tak? aku rasa otak aku tak duduk kat tempat yang betul je",


"mungkin sebab kau bleeding banyak kot ni..",


"bleeding mana? mana?",


"tuuu..." *dimuncungnya sedepa direct ke hidung


Tapi takkan la sebab bleeding kot aku jadi tak tentu hala ni.
Tadi drive, hampir aku nak langgar mati mampus mat rempit ni. Kata adik aku,orang kampung sebelah.
Tak..tak..kereta aku sihat lagi cuma motor budak tu dan sekali dengan budak tu je masuk parit.
Aku turun jugak dari kereta, aku tengok jelah kan. Nampak jelas kesakitan kat muka dia.
Ada pulak aku nak kisah? Tak pun.. Aku tengok aku pun naik kereta balik dan terus hantar kek rumah makcik aku. Wahh style takde nafsu gitu..


Aku confirm budak tu hidup lagi, tapi takde pulak mak bapak dia datang serang aku kat rumah.
Berani betul budak tu nak mengaku kat mak bapak dia yang dia tengah merempit kan masa kena tu.
Kalau style mak bapak back-up anak, mesti datang kan? 
Takpelah,tak kisah pun. Aku ni meraikan tetamu,datang la rumah aku..




Nak cakap sikit soal hati, entah kenapa jari ni laju je nak taip. Mungkin tengah sebak kot.. 
Kita tak boleh nak paksa hati orang ingat kita,terima kita selalu dan kita sentiasa ditempat teratas..
Tu benda yang paling aku taknak terima dulu, tapi bila makin hari walaupun berat kena jugak terima.
Dulu aku taknak terima sebab bila aku sedar benda tu,benda tu jadi lebih rumit dengan kebodohan dan kebangangan aku sendiri la jugak kat. Tup..tup...hilang gitu je. *kureng,adab letak kat nisan.





Bertakhta di hati..
Sentiasa.. tak pernah berubah pun, tetap yang sama selepas parents adalah benda yang sama.
Tak perlu cakap la kan apa,karang ada yang kata tak leh blah.
Benda kedua...bertakhta dihati..
Laptop..haha..sebab ni jelah tempat aku nak menaip dan buat kerja. Tapi semestinya bila dapat yang baru,yang kena kena pulangkan dah..Haish sabarlah hati...
Ketiga..
Buku wishlist aku sebelum aku kiok.. Setiap hari bangun mesti nampak sebab buku tu betul-betul atas meja.
Buku dah lama, tapi tak penuh pun. Sejak dua menjak ni je selalu tulis.


Aku takde kereta baru yang nak ragut tempat no 1-3 , kalau ada pun kereta orang yang aku sambung bayar. Aku nak juga beli VW,tapi mahal..Masuk wishlist yang tak mungkin dapat jelah. Haha..
Kalau aku dapat beli kereta murah pun nanti,aku harap ada seseorang yang boleh bagi pendapat sebabnya aku memang tak suka ambil tahu spec kereta. 


Tapi dari kereta baru,aku masih mahukan rumah.. Humm..
Aku taknak la beli lambat rumah, aku nak anak-anak aku membesar dalam rumah sendiri.
Berangan lagi...berangan..!!
Dalam bilik aku ada port dating.. dihiasi bantal kecik..
Ahhh sudah...sudah...virus dah ni..!!


Percaya atau tak aku kata yang kalau rezeki aku dapat kerja seawal umur 23 tahun, dalam umur 30 tahun aku bercadang nak kerja dari rumah je. Percaya? Cukup kan 7 tahun nak kumpul modal? 


Jap.. aku tahu panjang dah aku taip tapi..rasa ni tak hilang la. Aku nak nangis.. aduhhh kenapa ehh?




p/s : aku pergi dulu..dalam cahaya suram aku terselindung

Tuesday 12 June 2012

Berhari-hari di Penang

Assalamualaikum,


Lama gila kot aku dak update blog,berkurun dah! 
Hello-hello, aku dah habis study dah pun dan dah register untuk sambung belajar dah pun.
Nak kata bangga dak la cuma sikit bangga tu ada la, bangga pada diri yang memang dasar pemalas tapi berjaya juga habiskan study.


Aku bukan nak cerita criti pasai study,aku nak cerita pasal sekarang ni aku di Penang.
Ah, bukan aku nak bangga pun aku mai Penang tapi apa yang aku nak kata sekarang ni apa yang aku dapat kat sini mungkin tak semua yang dapat.


Aku sampai sini petang Ahad, bermula hari tu aku belajar.
Belajar apa?



  • macam mana nak urus orang
  • macam mana nak bagi orang respect 
  • macam mana nak bagi benda payah nampak mudah


Aku kat sini jadi diri aku sendiri, aku cakap apa aku nak, aku luah pendapat. Dan alhamdulillah apa aku kata tu diterima dan ada yang salah aku terus dibetulkan dengan yang betul.

Kat sini aku jumpa sorang makhluk Allah, orang yang tak kisah orang nak kata apa kat dia. Encik Basri Abdullah. Muallaf. Apa sebab aku kata dia tak kisah orang nak kata dia tu kafir masuk Islam ke, dia tu paria ke, korang nak kata apa pasal asal usul ke, dia tak kisah sebab dia dah tunjukkan sekarang yang dari bawah dia mula dan dia berjaya sebagai ahli perniagaan.

Ok,ni bukan bodek. Aku bukan pekerja dia yang rasmi, dia bukan bos aku yang rasmi. Aku tak dapat bayaran untuk bodek pun dan aku memang bukan jenis suka bodek pun. Tapi hamba Allah ni bagi aku dia punya input boleh membuatkan aku punya output tu berganda. 

"abang bukan nak korang kerja dengan abang seumur hidup, cukup dua tiga tahun dan korang jadilah someone",

Tu buat aku berminat nak kenal dia, sebab aku nak jadi someone tu. Aku tak malu mengaku, memang aku nak. 

Aku baran, dulu aku lagi baran. Aku chubby, yup tu aku mengaku. Tapi try la perkecilkan aku sebab aku chubby,ada aku nak terasa? Tak. pasal apa? Weyh,gemuk tu aku, aku yang tampung beban lemak. Ada aku suh korang angkut? Tak kan.. Dan korang kata benda betul,aku nak marah sebab apa. Aku tak marah bila korang kata 

  • aku gemuk
  • aku pandai
  • aku comel
  • aku baik
  • aku baran
  • aku otak tak berapa center
  • dll yang berkaitan
Tapi aku marah bila korang kata 

  • aku kuat makan
  • aku tak bersyukur
  • dll yang berkaitan
Sebabnya aku tak kuat makan tapi lemak aku aktif membiak,haha. Dan aku sentiasa bersyukur walau sikit-sikit aku merungut. huuu
Macam banyak je lari topik. ok, spotit!

Banyak lagi benda aku nak belajar dari dia sepanjang aku kat sini minggu ni, dan jika umur panjang aku harap aku sentiasa dapat input yang berguna dari dia. Aku tak tahu nasib aku nanti, aku tak tahu masa depan, aku tak tahu rezeki aku tapi kalau tertulis rezeki aku dan aku berjaya.. Salah satu nama yang aku akan sebut adalah nama dia.

Plus : Kat sini aku kenal wife dia, akak yang manis. Dia tabah,cukup tabah. Tak mampu nak kata apa lagi.

Kalau mai Penang singgah la kat Ah' Basri Asian Satay. Pandai-pandai lah Google Images sendiri.

p/s : cinta tak buta, yang buta tu hati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...