Saturday 5 November 2011

Raya...Raya...Yeay!

Assalamualaikum..

Esok raya kan? So dah buat persiapan semua?

Sebenarnya kan...saya nak cakap yang.......Erm...saya nak cakap....

Saya tak rasa pun macam esok raya.

Salam Aidiladha kepada bloggers semua.

Sekian!

p/s : lembu kat tepi rumah tak henti-henti buat bising..




korban yang ni,leh bagi sekampung ni , Abg Google kata

Kek paling senang di abad ini

Assalamualaikum...

Hah! Jeng-jeng-jeng.. Kek apa pulak paling senang ni... Mana ada kek senang buat, semuanya leceh kan? Tapi jangan lupa kewujudan kek ni.. >> KEK BATIK <<

Jom tengok dulu resipi yang senang ni


Bahan - bahan :

  • 200gm milo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • biskut meri secukupnya
Ok , ada kawan-kawan saya guna Coklat Cadboury la, coklat masakan la. So ikut suka, tapi tak cair ke kalau guna Cadboury? Apepun, ikut suka ye =)


Cara- cara : 

1. Sediakan loyang atau bekas plastik/tupperware (kalau korang rasa kek korang lepas ni akan melekat ke, korang alas la dengan plastik ke..kertas minyak tu ke )

2. Lepas tu korang cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil je

3. Lepas je cair, korang masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga hancur milo tu

4. Seterusnya masukkan serbuk koko, korang gaul hingga halus dan takde ketul-ketul dah.

5. Bila dah pekat,boleh mula susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan 
ambil adunan coklat kemudian ratakan atas permukaan biskut.

6. Susun lagi biskut dan lapiskan pula dengan adunan coklat.

*Ulangi langkah 5 dan 6 sehingga adunan habis*

7. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk, kalau nak ok biar la semalaman

8. Potong dan sedia untuk dihidang. Boleh la makan waktu minum petang

Senang kan?

Tips : Korang jangan la excited sangat nak susun biskut tu bermacam cara dan gaya. Karang nanti potong senang hancur atau patah-patah pulak. Hiasan jangan melampau.

Saya tak suka sangat kek batik yang sangat keras sampai lempar or terjatuh pun kek tu masih ok. Sangat keras.. Sakit gigi kot~ Ada yang suka tabur serbuk (biskut marie yang di blend halus) setelah potong kek tersebut. Tu atas korang lah nak buat ke tak. Yang penting kek menjadi kan. =)







p/s : I Love You ;)

Nampak tak macam rasa

Assalamualaikum...

Hari ni tak tahu la nak masak apa, so tanya adik - adik.. "tomyam...tomyam..". So mama saya pun cakap , "kak masak la.. mama nak siapkan buku laporan Kemas ni..". So, sebelum mulut saya berkata-kata dan dari berkata-kata akan bertukar kepada membebel selama beberapa jam saya pun melangkahkan kaki dari situ.

Kalau korang tengok tomyam saya buat ni.. Korang akan kata, "mak aih..cair betul..." dan bermacam-macam lagi kutukan serta makian yang sangat tepat. Tapi... haaa ada tapi ni.. Tapi korang kena tahu walaupun tomyam ni saya masak cair, tapi sangat pedas sampai saya tak dapat nak hirup pun kuah tomyam tu T_T

Sebab korang lagi pro masak tomyam, maka resipi takde la. Karang saya bagi pulak ajaran sesat.



Nampak animation kat atas tu? Tak nampak tak tahu nak cakap la ape penyakit. Haa...jadi macam tu la lepas makan tomyam saya buat. Sebabnya..pedas,masam.. =P


Ni jelah rupanya... 



boiled...fuuu




see...cair kan...huhu. (sebab tak reti masak )



makan dengan telur dadar...


Sekali tengok tomyam tu dah ada rupa sup pulak.... hurm


p/s : esok daging mesti berlambak dalam peti.nak buat ape ye

Ahmad.. Kau selalu dihatiku..Ahmad...

Assalamualaikum sekali lagi...

Sambungan ke rumah yeng.. hari redup,rumah yang selesa so mata pun redup lah. Tapi nak tido tak boleh sebab Ahmad...


ni nasib baik Ahmad besar jaga Ahmad kecik..huhu



dari depan rumah yeng...

Ahmad kecik

Hyperactive, talkative, curious ahh entah apa lagi yang boleh cakap kat si kecik ni... grrr~


p/s : family plan..kena plan betul-betul

Hari ni bukan hari esok

Assalamualaikum uolls~~ 


Kenyang betul lepas berbuka puasa tadi.. Korang puasa x?


Hari ni entah kenapa mood memang terumbang ambing sikit.,. Sikit ke? Rasanya macam banyak je... So baru nak balance mood tu, saya pun menyendiri di dapur. Nak buat ape ye.. Nak buat kek, malas. Nak buat cookies, semalam baru buat. So, terfikir lah nak sesuatu untuk pencuci mulut..


So dengan bakat yang serba kurang,saya pun try la buat "Puding Gula Hangus" ataupun ada orang panggil "Puding Telur"...





Resipi Puding Gula Hangus


Bahan-bahan :



  • 3 sudu besar gula pasir (untuk lapisan gula hangus)
  • 1 tin susu pekat (ada juga orang guna susu cair)
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastad
Cara-cara :

  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu nampak kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 (ala janda berhias lenggang masa berjalan) loyang tu biar gula tu rata.
  2. Kepuk telur sampai berbuih, lepas tu masukkan susu pekat, esen vanilla, tepung kastad. Kacau rata..pastu masukkan air.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi,boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitu. Tudung pengukus tu korang boleh la balut dengan kain, tak nak bagi air dari wap tu menitik atas puding.
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan, boleh makan dah..

Masya-Allah...senang lah! 
Kalau korang pergi beli yang dah siap, sepotong tu korang boleh dapat dengan harga RM2 keatas. Tapi kalau korang buat sendiri, seloyang tu korang leh makan. Bajet ciput je =)


tengah masak .... 



korang nampak tak, kat tengah-tengah tu ada kesan potong?  nak pastikan puding ni dah masak ke belum, korang potong la. kalau takde melekat kat pisau tu,maknanya dah masak! yeay~



ignore je warna-warna tu..saje je tu..





bila dah telangkupkan, ni la rupanya. saya tak ambik gambar atas, sebab permukaan tak lawa. sebabnya loyang saya tak macam loyang chef wan yang rata.. haha~


Kalau tak bagi resipi pun korang boleh buat benda simple ni kan? ada yang letak buah-buah koktail masa nak serve, tapi bagi saya puding ni dah cukup manis pun. Kalau nak letak juga,letak la buah fresh sebab manis buah fresh lagi ok dari manis buah dalam tin tu.


p/s : lepas raya buat karipap pusing pulak..yeah!

Monday 31 October 2011

Dia kawan saya

Assalamualaikum..


Entry kali ni saya nak borak pasal "kawan" saya. Malas pulak nak letak apa-apa link berkaitan dengan dia.  Tapi tengok lah kalau rajin, ada la kot bawah-bawah nanti.. So entry ni boleh dikatakan entry separa ikhlas sebab disuruh..


Sedikit biodata 


- Muhammad Helmy Khair Zuemiey


- 01/01/1986


- Berdarah kacukan Malayu-Cina-Jepun


- Ahli Kimia (kalau tak silap)sekarang bekerja di United Kingdom


- Anak ke-2 dari 2 orang adik beradik


- Seorang yang versatile,talkative,active, dll


Tu je saya tahu pasal dia... Kenal dia dekat setahun dah, dan mula-mula kenal dia dulu memang segan nak tegur. Yelah, dia ni boleh dikatakan antara orang-orang yang high class jugak la. Tapi bila dah kenal, humble je rupanya. Dia merupakan abang angkat kepada saudara terdekat saya.


1st dulu saya cukup impress kenal dia sebab cara dia ni lain sikit dari Malay guys yang saya pernah kenal. Dari cara bercakap, cara dia hormat orang, tegur orang sedikit berlainan. Tapi lepas je tahu dia ni kacuk pure Japanese, jadi tak pelik dah la. 


Perbezaan saya dan dia.. dia ada rupa dan saya ada juga rupa tapi tak sehebat dia. Bila makan, akan ada 2 mangkuk kecik depan dia. 1 untuk nasi dan 1 untuk sup, yang lauk lain dalam pinggan macam biasa lah. Jika makan dengan mangkuk macam tu, dia akan guna chopstick tapi dia kata dia lebih suka makan dengan tangan je so dia jarang-jarang makan dalam mangkuk. So bezanya saya dengan dia kat situ, saya punya mangkuk besar siap dengan periuk nasi lagi depan mata. Sebab tu la saya lagi comel dari dia.


Malas dah nak menaip , cuma nak selitkan satu picture dia. Ni pun cilok picture FB dia.

sorry, xtau ape motif dia blurkan...
FACEBOOK

BLOG


Kepada "kawan"..Sila edit lagi blog ni walaupun dengar khabarnya banyak tutor x menjadi.


p/s: tarakucah..cah..bila ..larut malam....

Sunday 30 October 2011

Entry hairan ~

Assalamualaikum... (mood sangat serius)

Entry kali ni,nak berbahasa aku lah pulak. Boleh tak? Blog sendiri so tak perlukan permission sesiapa kot kan.

Aku nak bagi cadangan kat kilang-kilang kereta dan juga yang pereka kereta supaya tempat bukak kereta (pada pintu bahagian luar) dibuat sama design je semua. Lantak lah tak cantik pun.. Boleh tak?

Kenapa aku nak suruh macam tu? Sebabnya aku tak puas hati ada lagi insan-insan yang tak pandai nak bukak pintu kereta. Habis rosak... Rosak lak time aku tengah study, cube rosak masa aku dah jadi Gabenor Bank nanti, tak ada la aku nak merungut. Demm!


p/s : mata asyik mengantuk je !





Suka!

Assalamualaikum uolls~


Hujan je sekarang..hurm,bila hujan je mesti ngilu habis badan ni. So selimut jelah =)


Semalam saya ke rumah "Budak Specky" , ok belum lagi sah jadi suami...belum..belum tapi doakan lah ye!
Macam mana boleh ke rumah dia? Sebabnye dia datang rumah saya, so saya pun nak kenal jugak la rumah dia. Sehari perjalanan aje... Kejap je kan? 


Apa korang kata? Kami sekampung? Ehh tak la... Saya kat Kelantan, dia kat Kedah. Mana ada sekampung... Perjalanan ke rumah saya, tak la susah sangat dia kata. Tapi perjalanan ke rumah dia,bagi saya sangat susah. Yelah, pertama kali nak kenal rumah bakal .. erm... Ok sambung pasal perjalanan semalam, banyak jugak la saya tersilap lorong, sampai kena U-Turn lagi. Penatnya.... 


Ok tu je nak cakap, daripada biarkan blog bersawang so baik saya update kan. Apepun,terima kasih dekat Google sebab menjayakan proses mencari rumah dia. =) Kenapa? Sebab.......


Saya ke rumah dia melalui Google Earth je =P


p/s : hp masih tak jumpa, so sesiapa yang tak boleh contact tu ... harap maaf ye! =)

Thursday 27 October 2011

Report semalam

Assalamualaikum... :entry kenangan:


Kira-kira jam 4 petang saya dan family sampai ke rumah Yeng. Macam biasa dia baring,tidur,minum air apabila ada yang memberinya minum. Seperti 2 minggu lepas atau mungkin sudah hampir sebulan lepas. Tapi... dia dah tak banyak cakap. Suara pun dah serak sangat...


Jam 8 malam, saya di sisi Yeng.. membaca surah-surah dan juga mengusap lembut dahinya. Suka! Macam baby yang sangat selesa apabila ibunya mengelus rambutnya. Setiap waktu solat, pampers akan ditukar dan Yeng akan berwudhuk. Petang tu ada imam datang...dia kata Yeng dah lemah sangat. Letih.... 


Saya rebut peluang untuk ada di sisi Yeng bila takde orang sangat, berbisik... Dia angguk! Suka!!!
Semua saudara balik,nampak sangat Yeng disayangi... Yelah,Yeng sangat baik! Bacaan Quran tak henti-henti dari petang hinggalah ke subuh, akan ada saja turn sesiapa. Tanpa paksaan, tanpa penolakkan...walaupun mata sangat kesat!


5 pagi... Yeng tenat, dia gelisah.... Mata saya tak lepas dari pandang Yeng. Perasaan bercampur baur! Warna kaki Yeng dah berubah kepada warna biru, begitu juga tangan. Sejuk!


8 pagi, dada Yeng turun naik..nafas semakin laju.. Mama kat tepi telinga, ajar mengucap. Hujan tak henti-henti disertai dengan bunyi burung yang nyaring. 8.05 pagi, saya tengok perut dan dada Yeng dah tak bergerak... Sebak! Cucu Yeng datang periksa nadi... sangat perlahan katanya. Mama teruskan bisik... Allah.....Allah....Allah..... Saya tersandar di dinding, kelu...kaku.. 8.16 pagi, Yeng sudah pergi menghadap Illahi..Dijemput dalam suasana yang sangat damai...aman...sunyi...mudah je. Jenazah Yeng ditutup....


Saya tolong Cik Nab sediakan kain kafan sambil belajar cara sediakan.. Sampai part mandikan, saya terkecuali.. Lepas dimandikan, Yeng dikafankan...Dipakaikan baju dan juga bersarungkan kain ihram. Dipakaikan juga telekong sembahyang..dibalut dengan kain kafan... 


Wajah Yeng...bersih...like a newborn baby...! Senyum... dan sedikit berkeringat... 
Yeng dah wangi....


Selepas solat, Yeng diangkat ke kediaman barunya.. Hujan rintik-rintik..Kira-kira jam 3 petang semuanya selesai. 


Semoga roh Yeng aman disana..ditempatkan bersama orang-orang yang dicintai oleh Allah S.W.T... 


Al-Fatihah......



Wednesday 26 October 2011

Kenapa saya kena senyum?

Assalamualaikum peeps!!

Lama betul tak menconteng "dakwat maya" kat dalam ni. Nak kata sibuk sangat,tak la sibuk sangat pun.

Ok, berbalik kepada tajuk diatas..Kenapa saya kena senyum?

Jawapan yang amat senang : sebab saya dikelilingi oleh orang yang sayangkan saya. Walaupun orang itu sudah tiada =) Simple kan jawapan tu?


p/s: kita tak tahu apa yang orang lain rasa,dan orang lain juga tak tahu apa yang ada dalam hati kita =)



Saturday 8 October 2011

Mayonnaise!!!

Assalamualaikum uolls~

Dah mam? Ermm mam..makan..bukan mampos ok =,=
Hari ni saya tak tahu nak makan ape, masuk dapur tengok lauk yang simple tapi taknak makan nasi. So ternampak terpandang terlihat tertengok la sebungkus roti yang terbaring seakan menggoda saya untuk memakannya.

Ada roti, mayo , jem buah-buahan dan serunding. So tangan mencapai roti dan jem,disapu lalu dimakan...Habis,so sapu lagi. Ulang proses yang sama 4x. =)

Eh korang taknak tanya ke kenapa saya tak ambik mayo tu? Kan mayo sedap... Tak nak tanya? Ok, whatever~ saya cakap jugak la kan..

Disebabkan daripada kecil makan roti dan mayo so bila besar ni dah jemu. Lemak-lemak tepu pun makin membiak dengan rancak so saya kurangkan. Walaupun jarang dah makan dengan mayo, tapi still botol mayo akan kosong dan licin =)

Macam mana tak licin, setiap kali bukak botol baru dan family saya guna la sampai separuh botol, botol tu akan hilang.. Haa, kemana? Ke bilik saya. Bukan nak ratah, gila korang ratah mayo tu.. Haha. Saya just ambik mayo tadi dan sapu ke badan.. So botol mayo yang saya ambil tadi tu saya pastikan takkan ada orang pergi ambil dan guna mayo dalam botol tu untuk sapu kat roti la..haha.. 

Kenapa sapu kat badan? Erm saya sapu untuk kulit licin =) lagipun mayo kan menggemukkan dan buat ape bazirkan duit beli losyen banyak-banyak.. Beli 1 je losyen dan mayo as topup, cukup lah. Haha.. Saya dapat ilmu ni dari seorang kakak yang merangkap artis tapi tak femes..aww~ Menjadi ke tidak tuan punya badan je tahu..Nak cuba? Cuba la tapi pastikan inform parents, mana tahu parents korang pelik sebab setiap bulan botol mayo hilang =P


p/s: mau cari duit lebih... T_T




Friday 7 October 2011

Sifu ku sayang!

Assalamualaikum uolllss~

Final dah tamat semalam so merdeka lah kejap. Merdeka la sangat, dah la banyak paper tak boleh jawab!
Ok hari ni saya ke rumah moyang saya di Pasir Mas Kelantan. =)

Saya panggil dia ni "yeng", entah la datang dari mana yeng tu.. Tak pernah terasa nak ambil tahu pulak.

Kenapa tajuk diatas sifu? Sebab saya ingat lagi masa kecik dulu dia la yang paksa saya kupas bawang sampai mata saya berair. Dia agak tegas tetapi bila dah rapat memang terasa diri disayangi lah. Sekarang dia dah sakit, umur pun dah dekat 100 tahun rasanya. Apepun saya doakan yang terbaik untuk yeng sebab dia sangat baik..Sayang dia ketad-ketad!!!

So masa kat rumah dia tadi ada la snap beberapa keping gambar (yeng pemalu sangat)... Layan ~~~






Adik bongsu nenek "Tok Su"  =)



Yeng malu sebab ramai orang datang melawat dia .. Hehe




Yeng dah 11 hari tak makan ... ='(



Sepanjang duduk kat rumah yeng, siap ada sesi jejak kasih lagi antara nenek dan kawan-kawan dia



Bertudung putih tu nenek saya =) bersama kawan baiknya duk bercerita zaman kanak-kanak dulu ~

Ok lah,lepas tu kissy-kissy yeng sebab nak balik dah dan janji nak melawat lagi nanti.. =)


p/s : kita perlukan saham akhirat yang berguna =)





Tuesday 27 September 2011

Final 1

Assalamualaikum uolls..

Ok tadi dah selesai subjek Islamic Financial System (IFS) , soalan not bad la. Ada yang saya baca tu masuk dan ada juga soalan yang saya rsa masuk tapi tak masuk. Ok tahu dan faham, saya tak boleh jadi tukang nujum.. Khamis ni Islamic Civilization lak T_T

Tapi tadi ada masalah lah, masalahnya syaitan bergayut kat bulu mata ni hah! Soalan ada 3 section. Jawab section A, tidur.. Bangun jawab section B, then tidur lagi dan begitulah seterusnya. Padahal semalam dah tidur awal. Mungkinkah faktor bilik peperiksaan tu? Selesa yang amat kot~


p/s : sakit gigi pulak makan Milo breakfast cereal ni, mungkin sebab bukan time breakfast kot.. =P



Monday 26 September 2011

Please show me the ...



Assalamualaikum uolls ~


Not only customers but parents are always right too.. but to all parents, please show some respect to ur children if u want them follow ur orders.


 "Yang muda disayangi, yang tua dihormati"
For the useless daughter like me, although I'm 20 but I'm still a daughter who want guide,love,care from a person called parents. Show me the right way, teach me when I'm forget about it, scold me if I'm really² wrong but don't break my heart with ur killer words. *dah2 la guna English, berterabur habis!


----------


Saya tak tahu anak-anak lain macam mana, mungkin hati mereka seteguh akar pokok yang rantingnya berselirat ke dahan² lain. Mungkin juga hati mereka setabah dan telinga mereka tebal. Atau mereka juga mungkin seorang anak yang hanya tahu memendam rasa seperti saya?


Anak dikatakan menderhaka sebaik sahaja menjawab apa yang parents ucapkan. Tepuk tangan anda jika anda tergolong dalam golongan ibu bapa yang memahami dan anak-anak bertuah. Saya tahu, masalah saya bukanlah besar, ada lagi individu² lain yg mempunyai masalah yg lagi besar. Dan ada lagi yg mempunyai masalah lagi teruk dengan parents mereka. Update ni bukan nak memperkecilkan para ibu bapa tetapi sekadar berkongsi rasa.


Bila dada sebak, otak sarat , jiwa kacau anak akan protes tapi berapa kerat sangat parents yg faham? Jika anak melakukan sesuatu,dan ianya bersebab kenapa perlu dimarah tanpa bertanya dahulu sebab? Dan jika anak mahu menjelaskan keadaan, kenapa harus disekat?


Parents always right, parents like a diva , parents my guardian angle


Sampai bila status diatas kekal dibibir anak? Atau parents fikir anak tiada hak untuk naikkan atau jatuhkan status tersebut? Sesetengah anak² keliru dengan sikap parents mereka, selalunya apa yg dilakukan oleh parents dijadikan panduan walaupun anak itu sudah besar. Jangan ... jangan sesekali marahkan anak jika suatu hari nanti apa yg parents lakukan akan terkena dan diulang tayang dihadapan parents kembali. Parents yg menjaga hati orang tuanya dan menjaga kebajikkan masyarakat amat dipuja dan meniti di setiap bait² doa di bibir si anak, tetapi apa yg peliknya disini sikap itu berubah apabila parents yg tadinya dipuja tidak sebegitu apabila bersama dengan anak. Apa alasannya?


Anak harus diajar dengan ketegasan baru nak dengar kata


Diatas itukah alasannya? Berpada-padalah.. Jangan melampau kerana itu membuatkan si anak takut, bukan hormat. Membuatkan anak seram,bukan sayang. Membuatkan anak protes bukan angguk.  Sesetengah parents melakukan hal sedemikian untuk anak mereka tanpa mereka fikir kesan mendatang.


Jaga kata-kata,kerana dengan kata-kata juga sesebuah kontrak boleh terbatal dan sesebuah ikatan boleh terputus. Jangan bermain dengan kata. Anak juga yg akan menjaga parents ketika parents sudah tua, anak yg mana? Biarlah kekal rahsia dan akan diketahui di hari akan datang...




p/s : kalau ada choc waktu macam ni kan best =)







Teamviewer seram!

Assalamualaikum uollss~

Update lewat malam sambil layan lagu Cinta Dan Benci - Geisha .. "sungguh aku tak bisa,sampai kapan pun tak bisa membenci dirimu..sesungguhnya aku tak mampu..."

Sikit² sudah .. Saya sebenarnya tak tahu nak update ape ni (boleh pulak macam tu kan?), tengah study rasa mengantuk so rindu la pulak dekat blog baru ni. Selasa ni saya dah start final, so rasanya sempat lagi ke nak update? Berfacebooking pun dah lama tak, sebab kawan conquer laptop guna teamviewer. Maklumlah backup file dalam laptop saya,macam tu lah jadinya. Tapi tak marah pon sebab tak ganggu. =)

So, wish me luck. Harap² result semester ni naik lagi lah, untuk merasa 4.0 macam si dia tu rasanya tak la kot. Bukan give up tapi si dia tu praktikal, so boleh la kan nak 4.0 (nak menang jugak ni..haha) . Dan semester depan dah last dah =) tak sabar nak berbakti kat parents ni !

Tentang title kat atas tu, abaikan jelah ye (=

p/s : lenguh betul meniarap ni..



Saturday 24 September 2011

Kahwin ohh kahwin

Assalamualaikum uollss :)





Ape cer je hari ni?
Malam ni duduk layan video artis-artis kahwin , gempak sangat. Sentap kejap mak ni nyah oii ~ Kalau saya yang buat majlis sebegitu gempak, nampaknya lepas kahwin tu makan pasir la sebulan. Ok saya tak tahu la majlis orang lain kan, tapi ni majlis saudara sendiri yang saya rasa macam biasa je pun dah cecah ribu riban dik oii.

- Wedding planner bajet mesti lebih dari RM10k (pelamin + hotel + flower girl/boy + dll)
- Baju yang vogue tu pun ada kena bayaran tambahan jugak so sedia la seribu dua
- Majlis berinai sahaja RM1.5k (kalau saya,saya beli inai dan suruh adik inaikan je)
- Hantaran (barang-barang) dah cecah around RM30k ++ (agak la kan kalau dah iPad,Blackberry,dll *dua-dua belah pihak dapat) , tu   bukan lagi letak barang jenama Fendi 
- Duit hantaran (depends)
- Doorgift + cup cakes + dll around RM8k
- Majlis belah lelaki (diorang punya kos lah)
- Dan beberapa benda yang saya tak tahu nak sebut untuk dimasukkan dalam bajet.

So setakat yang saya cakap tu, berapa dah kos? Ok memang banyak! Saya bukan nak jaga tepi kain orang cuma saya nak kata kepada pembaca yang tak kahwin lagi ni, korang dah boleh start menabung sebab semakin tahun kos semakin mahal. Dapat pulak future wife yang high-maintenance, padan muka!

Balik semula kat saya menyelam di dunia maya tadi, saya baru dapat tahu yang Nabil & Zira nak kahwin 2/10/11 ni, Aqashah dah dapat anak , Danny X- Factor dah kahwin dan beberapa lagi lah. Sweet la *sebab dah kahwin sebab tu sweet, try tengah couple.. Saya malas nak kata sweet =) Tapi yang lain tu banyak gossip artis lah. Dosa free pulak =)

Bercakap soal artis ni, sepupu saya pun duk tengah tangkap cinta dengan seseorang ni. Jeng3... Walaupun orang sekeliling kata tak payah la dengan artis, bukan kekal pun sepupu saya akan jawab "jodoh tu biar Allah yang urus, aku usaha je", so apepun semoga kekal lah =)

Cakap pasal orang, korang bila lagi? Saya? Doakan cepat saya habis study, cepat la berlangsung =)

p/s : comel betul bunyi budak tu tido




Bersuamikan Mr/Ms. X ?

Assalamualaikum

Yup, sekadar contengan lagi nak kupas satu topik yang rasanya menarik. Menarik untuk pasangan yang tengah hot couple dan juga yang single mingle. Pernah tak korang bayangkan yang parents korang bertindak tanpa berbincang dengan korang? Soal perhubungan .. percintaan .. perkahwinan... ?

Pernah tak korang bayangkan korang akan berpisah dengan si dia yang korang puja sekarang ni? Pernah?

Perhubungan yang korang bina atas dasar cinta akhirnya terputus di tengah jalan angkara plan parents. Masa tu nak melatah, mencarut pun dah tak guna. Memang betul jodoh itu rahsia Allah S.W.T , tapi mungkin juga melalui ibu bapa atau korang sendiri.

Bila semua dah setuju tanpa rela atau tidak ....

Saat korang (lelaki) nak akad, bermula disitu tanggungjawab korang. Nak tak nak, korang kena jugak bimbing wife korang. Dan korang (perempuan) , setelah bergelar isteri segala tanggungjawab sebagai isteri korang kena turut. Mana boleh jadi macam Maya dalam cerita Adamaya tu ... Tak baik, tak bagus.

Selepas akad ...

Hah, masa ni apa pulak ceritanya? Takkan nak jadi macam Nora Elena kot, bila Seth datang je kat tepi dia terus bangun. Lama mana sangat bertahan macam tu? Last sekali pregnant jugak kan? Perhubungan suami isteri berjalan seperti pasangan lain atau tidak? Tu tanggungjawab bersama. Bagi suami yang faham situasi, mungkin masa ni dia akan bagi time-space kat wife untuk cool dan ready. Bukan main terjah je, tapi tu untuk suami memahami. Bagi yang tidak? Nasib badan ke?

Hari mendatang ...

Time nak tidur, isteri duduk hujung katil tu.. suami duduk hujung katil ni. Bangun je tidur, keadaan terpeluk. Cepat-cepat bangun dan betulkan baju (selalunya ni perempuan yang buat sebab saya tengok lelaki ni dia mudah adapt dengan situasi), muka merah je terus masuk bilik air. Keluar dari bilik air pulak, paksa suami mandi sebab malu nak salin baju depan suami. Suami keluar bilik air, isteri terus keluar bilik atas alasan nak sediakan sarapan. Berterusan macam ni sampai bila?

Miracle ..

Hanya keajaiban je boleh membuka mata dan hati untuk menerima orang asing. Tapi bila keajaiban tu nak muncul? Kita kena cari, kita kena usaha.. Kalau tak sampai bila zuriat takde dan mungkin hubungan tu akan berakhir dengan perceraian. Watch out!

Game ..

Pada pandangan saya, benda macam ni macam menyeronokkan. Belajar dan kenal sesuatu yang baru , mengenali dalam tempoh sudah sah suami isteri. Mesti sweet habis lah kan? Masih segan-segan, malu-malu then berputik la cinta tu.. Sayang pun datang jenguk ke jendela hati.
Nampak macam saya pulak lebih-lebih kan? T_T

Game error ...

Bercinta selepas kahwin macam kakak saudara aku, sweet sangat. Tak pernah kenal tapi sekarang anak nak masuk 3 dah. Bercinta lepas kahwin katanya. Tapi banyak sekarang isteri-isteri bukan nak take advantage, tapi banyak tempah bilik kat neraka. Makin tak kenal makin tunjuk hebat. Nak kata yang "ehh tanpa kau pun aku boleh hidup la", "kau boleh jalan la, takat muka macam kau ni ex aku lagi kacak la"... Rugi je la macam tu, bukan rugi pun.

Kesimpulan ..

Kena fikir positif, mungkin jodoh tu yang terbaik untuk kita dan mungkin ex kita tu dapat jodoh yang lagi bagus dari diri kita yang serba serbi kurang ni. Ikhlaskan hati.. Nikmati nikmat diberi dengan sepenuhnya


p/s : terasa lapar la pulak, bawah saji ada ape ye?

Friday 23 September 2011

Aku pelupa?

Assalamualaikum uolls~

Rasa malu menebal masa nak taip ni, malu pada diri sendiri la. Yelah sebab pelupa ! Nasib baik la nama sendiri tak lupa.

So, dengan kehadiran blog ni saya akan berusaha untuk tak lupa password. Akan berusaha bersungguh-sungguh! Nampak x kesungguhan saya ni?


p/s : cinta selepas kahwin? membantu atau terbeban?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...