Monday 19 November 2012

Materialistik Itu Perlu

Assalamualaikum,

Ye ke dak aku eja materialistik tu?
Kalau dulu kita selalu je dengar kawan-kawan yang 'baik' cakap

"kau ni,materialistik betul la..nasib baik je mamat tu nak kawen dengan kau. biar la dia tak kerja pun,nanti kahwin dia pandai la fikir nak kerja,sikit-sikit menyimpan lama-lama senang la",

Atau korang dengar ayat jenis lain yang sama waktu dengannya..
Terserah..

Tapi sekarang semua benda berbeza, ni bukan macam zaman dulu kala.
Frankly speaking, aku tengok ramai sangat yang tak kerja tetap dan berkahwin.
Mereka banyak harapkan bantuan ibu bapa dan adik beradik.
Sekarang ni perempuan pun kena kerja nak tampung belanja rumah.
Nak harap sorang kerja,sorang lagi buat anak memang karam lah.

Aku faham perempuan yang materialistik cuma ini tak bermaksud aku sokong perempuan yang "gila besi".
Aku tahu mereka mahu hidup mereka terjamin dan begitu juga hidup anak-anak mereka.
Siapa nak hidup susah kan?

Sekarang ni zaman dah maju, banyak sangat cara kita boleh buat untuk dapat rezeki.
Salah satu adalah dengan cara berniaga.
Tak salah kan?

--- berehat kejap, sambil revision Financial Accounting 2

Ok sambung.
Tak kira berniaga apa yang penting jujur, jadi kita akan dapat hasil pendapatan yang berkat dan yang penting halal.
Nak bagi keluarga makan, wajiblah halal.

Aku sekarang ni pantang orang nak suruh aku buat kerja yang mampu isi duit poket aku, semua aku sapu.
Bukan sebab aku tamak, tapi kalau tak cuba sampai bila la pengalaman tu tak ada.
Tambahan pula aku tak bercadang nak bekerja luar rumah sampai tua. ^_^

Aku buat craft yang menggunakan felt, flannel, so on untuk barangan craft seperti bantal hiasan,brooch,car charm,keychain,dan lain-lain lagi. Custom made dan ada yang ready stock.

On my way, aku join bisnes untuk barangan craft juga yang main material dia adalah benang. Macam crochet dan knitting. Harap berjalan juga, aku cuma bantu promote sahaja.
Kalau boss nak bagi komisyen,tu rezeki la kan.

Dan makcik aku rajin pergi buat demo kat rumah aku, demo ice blended , ice cream.
Tentulah demo tu pakai mesin pengisar tu kan.
Sesiapa yang beli akan diberikan 2 bekas pengisar dan 1 mesin pengisar.
1 bekas tu untuk korang blend benda-benda yang bukan daripada buah-buahan.
Dan 1 bekas lagi untuk blend buah,biskut,ketul ais.

Contohnya korang nak buat kuih yang korang perlu adun sebati benda tu.
Contoh bahan (santan,gula,telur,pewarna,dll),
masukkan je dalam mesin, tekan on (automatik 1 minit akan kisar).
Tuang dalam loyang dan bakar..

Contoh lagi, korang nak buat kuah laksa.
Korang just masukkan ikan dalam pengisar tu dan memang terus hancur,tak ada tulang sikit pun.
Haluss je.

Harga dalam RM1K ++ tapi boleh buat beberapa kali bayaran.
Yang guna kad bank tu,just swap serendah RM150 sebulan je.
Kalau nak cepat habis,bayar banyak sikit.
Berminat? Cakap..
Kalau HQ boleh buat demo tempat korang, aku inform.
Kalau nak jadi ahli pun inform aku, RM40++ je.

Yang latest,sorang kawan ajak juga join bisnes.
Pada awalnya aku refuse sebab aku dah tak ada duit banyak pun.
Then bila dia kata just RM20++ je modal,aku terus minat.
Barang jualan pun cantik dan berguna.
Banyak pakaian la..
Jadi kalau berminat,inform juga aku dan masuk ahli. Starter kit akan di pos.

Tengok...banyak kan sumber boleh tolong.
Jangan la korang pergi join bisnes yang nak modal ribu riban,memang la sengkek.
Tapi high risk,high return..
Cuma redha je kalau tak menjadi.

So boleh email aku di amaninadzri@hotmail.com

Dan ingat, sekarang kita perlu untuk jadi sederhana materialistik.
Bila kahwin, bukan cinta yang kita guna untuk beli beras ^_^


p/s : dear abang (my future husband) , kita tak tahu jodoh kita sampai takat mana walaupun kita berkahwin dan ada anak nanti. kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa kita. jadi kita berdua kena usaha untuk adakan yang selesa untuk anak-anak kita. semua keperluan mereka dunia dan akhirat. supaya bila kita tiada nanti,anak-anak kita dah cukup sedia tempuh hidup dan mereka tak merungut kerana salah kita dalam besarkan mereka. In Shaa Allah, Allah permudahkan jalan kita.

Tuesday 6 November 2012

Dia Musuh Dia Kawan

Assalamualaikum.

Tak boleh tidur, gusi masih denyut kuat. Postan dah tak jadi apa dah..
Esok second paper untuk budak-budak SPM.
Angah salah seorang diantara budak-budak tu. 
Tapi seram tengok angah bila dia tersangat steady.

Bila orang suruh revision,

Aku : Ngah,revise la balik apa yang point-point penting tu..

Angah : Pejam mata lama....

Aku : Weh jangan la tidur!

Angah : Bukan tidur la,tengah revise la ni. Ingat balik apa cikgu ajar.

Aku :  O.o (muka pelik + bingung)


Dah-dah, aku bukan nak cerita sangat pasal angah ni. Aku nak kongsi pasal achik a.k.a primadona.
Jarak umur kami 5 tahun.
Sejak dari kecil seingat aku memang aku tak pernah nak rapat dengan dia.
Akan ada je kami bergaduh.
Mungkin aku tak expect dia akan wujud.
Mungkin ke macam tu? Sangat kejam....

Sekarang dia dah di menengah atas dan tinggal di asrama.
Bila dia di asrama, aku rasa best sangat sebab dia tak ada.
Tak ada orang nak buat bising, ataupun mengamuk.
Ok,dia ni baran!

Tapi bila dia lama cuti, kadang-kadang aku naik rimas sebab kami selalu gaduh.
Yang paling sakit hati, malam ni gaduh tapi esok dia senyum-senyum macam tak buat salah.
Bengkak rasa hati aku.
Tapi entah kenapa, bila dia kembali ke asrama .. aku rasa boring pulak.
Sekarang patutnya kami berbaik disebabkan masing-masing dah besar panjang dan kami semestinya masing-masing perlukan seseorang untuk tempat luah masalah ataupun nak cadangan.

Pernah dia tanya aku, kenapa aku tak suka dia.
Aku hanya cakap entah.
Tapi sekarang aku sedar yang...
Dia tempat aku bergaduh,dia juga tempat aku minta tolong.

Cuma...
Aku tak suka bila dia tak faham bahasa bila aku kata TAK BOLEH tapi pada dia perkataan TAK tu tak pernah wujud dan hanya perkataan BOLEH saja yang wujud!!


p/s: congrats untuk dia sebab dah dapat black belt taekwondo dan dapat johan coral speaking..


carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga

We Are Teletubbies

Assalamualaikum.

Hari ni cabut gigi T_T.
"Ek eleh cabut gigi pun nak cakap dalam blog. Macam kau sorang pernah cabut gigi",
Bukan nak cakap sangat pun tapi bangga sebab aku yang takut jarum ni pun berjaya atasinya.
Ok sekarang bukan nak cakap pasal denyutan yang amat sakit pada gusi ni, tapi aku nak cerita tentang..

TELETUBBIES

Siapa tak tengok?
Mesti zaman kanak-kanak mereka tak comel. Haha..
Ok then we proceed to the main story...
Ini berkenaan adik beradik aku dan aku.

Bila rancangan Teletubbies dah bermula maka aku,angah dan achik akan duduk depan tv dengan tertib.
Tak ada sepah-sepah dan tak ada pergaduhan.
Semuanya senyum.
Masing-masing pegang plush toy Teletubbies masing-masing dan disebabkan aku anak sulung, 
for sure aku adalah si Tinky Winky walaupun Tinky Winky ni lelaki ...


Angah pula sepatutnya Dipsy tetapi disebabkan dia tak suka warna hijau dan muka Dipsy paling hitam maka dia pilih Laalaa.. (ya,angah masa tu belum hitam lagi..hehe). So mana Laalaa? Ni dia..comel je warna kuning.


And the last one, Po for achik. Kenapa Po? Sebabnya masa tu dia paling kecil dan ok si bongsu.




Bila cerita berjalan,kami memang fokus. Tetapi bila ada commercial breaks , tangan aku lah yang paling cepat hentam angah dan achik menggunakan plush toy Tinky Winky aku. 
Bila kenang balik,kejam gila aku pukul diorang.
Bayangkan masa tu umur aku sekitar 6-7 tahun dan mereka baru berumur 3-2 tahun. 
Tinky Winky aku lagi besar dari angah dan achik.
Kejam kan?

Tu jelah nak cakap, dan kena admit yang kami ni memang fan Teletubbies. Don't you?


p/s : orang yang kita sayang selalunya bakal menjadi musuh. ye ke? 



Sunday 4 November 2012

Masih Tak Lupa

Assalamualaikum..

Aku dah habis cuti sem, dah masuk sem 3 dah degree.
Lama kan aku tak on benda ni.
Azam terkubur macam tu je nak jadi blogger aktif.
Hampehh..

Aku demam dari mula nak final, baik dan demam lagi.
Sampai sekarang ni lah.
Tak tahu berapa genggam ubat dah telan.
Banyak syaitan kot sekeliling ni.

Bila demam,semua benda aku mimpi.
Hingga la aku mimpi Stitch dan Domo bergusti atas katil aku dna aku join sekali.
Sampai tahap tu mimpi.

Aku tengok ada ramai tulis style paragraph macam ni.
Aku agak diorang nak entry dia nampak panjang.
Sama macam aku jugak la.

Masih tak lupa.... password

p/s : pakai vick dan yuyi buat aku rasa nak jadi baby balik la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...