Monday 31 October 2011

Dia kawan saya

Assalamualaikum..


Entry kali ni saya nak borak pasal "kawan" saya. Malas pulak nak letak apa-apa link berkaitan dengan dia.  Tapi tengok lah kalau rajin, ada la kot bawah-bawah nanti.. So entry ni boleh dikatakan entry separa ikhlas sebab disuruh..


Sedikit biodata 


- Muhammad Helmy Khair Zuemiey


- 01/01/1986


- Berdarah kacukan Malayu-Cina-Jepun


- Ahli Kimia (kalau tak silap)sekarang bekerja di United Kingdom


- Anak ke-2 dari 2 orang adik beradik


- Seorang yang versatile,talkative,active, dll


Tu je saya tahu pasal dia... Kenal dia dekat setahun dah, dan mula-mula kenal dia dulu memang segan nak tegur. Yelah, dia ni boleh dikatakan antara orang-orang yang high class jugak la. Tapi bila dah kenal, humble je rupanya. Dia merupakan abang angkat kepada saudara terdekat saya.


1st dulu saya cukup impress kenal dia sebab cara dia ni lain sikit dari Malay guys yang saya pernah kenal. Dari cara bercakap, cara dia hormat orang, tegur orang sedikit berlainan. Tapi lepas je tahu dia ni kacuk pure Japanese, jadi tak pelik dah la. 


Perbezaan saya dan dia.. dia ada rupa dan saya ada juga rupa tapi tak sehebat dia. Bila makan, akan ada 2 mangkuk kecik depan dia. 1 untuk nasi dan 1 untuk sup, yang lauk lain dalam pinggan macam biasa lah. Jika makan dengan mangkuk macam tu, dia akan guna chopstick tapi dia kata dia lebih suka makan dengan tangan je so dia jarang-jarang makan dalam mangkuk. So bezanya saya dengan dia kat situ, saya punya mangkuk besar siap dengan periuk nasi lagi depan mata. Sebab tu la saya lagi comel dari dia.


Malas dah nak menaip , cuma nak selitkan satu picture dia. Ni pun cilok picture FB dia.

sorry, xtau ape motif dia blurkan...
FACEBOOK

BLOG


Kepada "kawan"..Sila edit lagi blog ni walaupun dengar khabarnya banyak tutor x menjadi.


p/s: tarakucah..cah..bila ..larut malam....

Sunday 30 October 2011

Entry hairan ~

Assalamualaikum... (mood sangat serius)

Entry kali ni,nak berbahasa aku lah pulak. Boleh tak? Blog sendiri so tak perlukan permission sesiapa kot kan.

Aku nak bagi cadangan kat kilang-kilang kereta dan juga yang pereka kereta supaya tempat bukak kereta (pada pintu bahagian luar) dibuat sama design je semua. Lantak lah tak cantik pun.. Boleh tak?

Kenapa aku nak suruh macam tu? Sebabnya aku tak puas hati ada lagi insan-insan yang tak pandai nak bukak pintu kereta. Habis rosak... Rosak lak time aku tengah study, cube rosak masa aku dah jadi Gabenor Bank nanti, tak ada la aku nak merungut. Demm!


p/s : mata asyik mengantuk je !





Suka!

Assalamualaikum uolls~


Hujan je sekarang..hurm,bila hujan je mesti ngilu habis badan ni. So selimut jelah =)


Semalam saya ke rumah "Budak Specky" , ok belum lagi sah jadi suami...belum..belum tapi doakan lah ye!
Macam mana boleh ke rumah dia? Sebabnye dia datang rumah saya, so saya pun nak kenal jugak la rumah dia. Sehari perjalanan aje... Kejap je kan? 


Apa korang kata? Kami sekampung? Ehh tak la... Saya kat Kelantan, dia kat Kedah. Mana ada sekampung... Perjalanan ke rumah saya, tak la susah sangat dia kata. Tapi perjalanan ke rumah dia,bagi saya sangat susah. Yelah, pertama kali nak kenal rumah bakal .. erm... Ok sambung pasal perjalanan semalam, banyak jugak la saya tersilap lorong, sampai kena U-Turn lagi. Penatnya.... 


Ok tu je nak cakap, daripada biarkan blog bersawang so baik saya update kan. Apepun,terima kasih dekat Google sebab menjayakan proses mencari rumah dia. =) Kenapa? Sebab.......


Saya ke rumah dia melalui Google Earth je =P


p/s : hp masih tak jumpa, so sesiapa yang tak boleh contact tu ... harap maaf ye! =)

Thursday 27 October 2011

Report semalam

Assalamualaikum... :entry kenangan:


Kira-kira jam 4 petang saya dan family sampai ke rumah Yeng. Macam biasa dia baring,tidur,minum air apabila ada yang memberinya minum. Seperti 2 minggu lepas atau mungkin sudah hampir sebulan lepas. Tapi... dia dah tak banyak cakap. Suara pun dah serak sangat...


Jam 8 malam, saya di sisi Yeng.. membaca surah-surah dan juga mengusap lembut dahinya. Suka! Macam baby yang sangat selesa apabila ibunya mengelus rambutnya. Setiap waktu solat, pampers akan ditukar dan Yeng akan berwudhuk. Petang tu ada imam datang...dia kata Yeng dah lemah sangat. Letih.... 


Saya rebut peluang untuk ada di sisi Yeng bila takde orang sangat, berbisik... Dia angguk! Suka!!!
Semua saudara balik,nampak sangat Yeng disayangi... Yelah,Yeng sangat baik! Bacaan Quran tak henti-henti dari petang hinggalah ke subuh, akan ada saja turn sesiapa. Tanpa paksaan, tanpa penolakkan...walaupun mata sangat kesat!


5 pagi... Yeng tenat, dia gelisah.... Mata saya tak lepas dari pandang Yeng. Perasaan bercampur baur! Warna kaki Yeng dah berubah kepada warna biru, begitu juga tangan. Sejuk!


8 pagi, dada Yeng turun naik..nafas semakin laju.. Mama kat tepi telinga, ajar mengucap. Hujan tak henti-henti disertai dengan bunyi burung yang nyaring. 8.05 pagi, saya tengok perut dan dada Yeng dah tak bergerak... Sebak! Cucu Yeng datang periksa nadi... sangat perlahan katanya. Mama teruskan bisik... Allah.....Allah....Allah..... Saya tersandar di dinding, kelu...kaku.. 8.16 pagi, Yeng sudah pergi menghadap Illahi..Dijemput dalam suasana yang sangat damai...aman...sunyi...mudah je. Jenazah Yeng ditutup....


Saya tolong Cik Nab sediakan kain kafan sambil belajar cara sediakan.. Sampai part mandikan, saya terkecuali.. Lepas dimandikan, Yeng dikafankan...Dipakaikan baju dan juga bersarungkan kain ihram. Dipakaikan juga telekong sembahyang..dibalut dengan kain kafan... 


Wajah Yeng...bersih...like a newborn baby...! Senyum... dan sedikit berkeringat... 
Yeng dah wangi....


Selepas solat, Yeng diangkat ke kediaman barunya.. Hujan rintik-rintik..Kira-kira jam 3 petang semuanya selesai. 


Semoga roh Yeng aman disana..ditempatkan bersama orang-orang yang dicintai oleh Allah S.W.T... 


Al-Fatihah......



Wednesday 26 October 2011

Kenapa saya kena senyum?

Assalamualaikum peeps!!

Lama betul tak menconteng "dakwat maya" kat dalam ni. Nak kata sibuk sangat,tak la sibuk sangat pun.

Ok, berbalik kepada tajuk diatas..Kenapa saya kena senyum?

Jawapan yang amat senang : sebab saya dikelilingi oleh orang yang sayangkan saya. Walaupun orang itu sudah tiada =) Simple kan jawapan tu?


p/s: kita tak tahu apa yang orang lain rasa,dan orang lain juga tak tahu apa yang ada dalam hati kita =)



Saturday 8 October 2011

Mayonnaise!!!

Assalamualaikum uolls~

Dah mam? Ermm mam..makan..bukan mampos ok =,=
Hari ni saya tak tahu nak makan ape, masuk dapur tengok lauk yang simple tapi taknak makan nasi. So ternampak terpandang terlihat tertengok la sebungkus roti yang terbaring seakan menggoda saya untuk memakannya.

Ada roti, mayo , jem buah-buahan dan serunding. So tangan mencapai roti dan jem,disapu lalu dimakan...Habis,so sapu lagi. Ulang proses yang sama 4x. =)

Eh korang taknak tanya ke kenapa saya tak ambik mayo tu? Kan mayo sedap... Tak nak tanya? Ok, whatever~ saya cakap jugak la kan..

Disebabkan daripada kecil makan roti dan mayo so bila besar ni dah jemu. Lemak-lemak tepu pun makin membiak dengan rancak so saya kurangkan. Walaupun jarang dah makan dengan mayo, tapi still botol mayo akan kosong dan licin =)

Macam mana tak licin, setiap kali bukak botol baru dan family saya guna la sampai separuh botol, botol tu akan hilang.. Haa, kemana? Ke bilik saya. Bukan nak ratah, gila korang ratah mayo tu.. Haha. Saya just ambik mayo tadi dan sapu ke badan.. So botol mayo yang saya ambil tadi tu saya pastikan takkan ada orang pergi ambil dan guna mayo dalam botol tu untuk sapu kat roti la..haha.. 

Kenapa sapu kat badan? Erm saya sapu untuk kulit licin =) lagipun mayo kan menggemukkan dan buat ape bazirkan duit beli losyen banyak-banyak.. Beli 1 je losyen dan mayo as topup, cukup lah. Haha.. Saya dapat ilmu ni dari seorang kakak yang merangkap artis tapi tak femes..aww~ Menjadi ke tidak tuan punya badan je tahu..Nak cuba? Cuba la tapi pastikan inform parents, mana tahu parents korang pelik sebab setiap bulan botol mayo hilang =P


p/s: mau cari duit lebih... T_T




Friday 7 October 2011

Sifu ku sayang!

Assalamualaikum uolllss~

Final dah tamat semalam so merdeka lah kejap. Merdeka la sangat, dah la banyak paper tak boleh jawab!
Ok hari ni saya ke rumah moyang saya di Pasir Mas Kelantan. =)

Saya panggil dia ni "yeng", entah la datang dari mana yeng tu.. Tak pernah terasa nak ambil tahu pulak.

Kenapa tajuk diatas sifu? Sebab saya ingat lagi masa kecik dulu dia la yang paksa saya kupas bawang sampai mata saya berair. Dia agak tegas tetapi bila dah rapat memang terasa diri disayangi lah. Sekarang dia dah sakit, umur pun dah dekat 100 tahun rasanya. Apepun saya doakan yang terbaik untuk yeng sebab dia sangat baik..Sayang dia ketad-ketad!!!

So masa kat rumah dia tadi ada la snap beberapa keping gambar (yeng pemalu sangat)... Layan ~~~






Adik bongsu nenek "Tok Su"  =)



Yeng malu sebab ramai orang datang melawat dia .. Hehe




Yeng dah 11 hari tak makan ... ='(



Sepanjang duduk kat rumah yeng, siap ada sesi jejak kasih lagi antara nenek dan kawan-kawan dia



Bertudung putih tu nenek saya =) bersama kawan baiknya duk bercerita zaman kanak-kanak dulu ~

Ok lah,lepas tu kissy-kissy yeng sebab nak balik dah dan janji nak melawat lagi nanti.. =)


p/s : kita perlukan saham akhirat yang berguna =)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...