Saturday 21 January 2012

Entah..




Assalamualaikum.

Last entry bulan November tahun lepas, sekarang dah tahun baru. Dah hujung bulan dah pun tapi blog masih bersawang tak hingat dunia.

Apa guna ada blog kalau x membebel kan? Tapi apa juga gunanya ada blog kalau tahap kemalasan nak menai melebihi segala macam mak nenek.

Tahun ni,

Kena ambil MUET sebab nak sambung degree. Tapi, bila nak isi form untuk test bulan Julai? Tak reti lah!
Sekarang semua nak online, bayar pun sama online. Macam la aku tahu sangat, aku ni pun sama je dengan makcik-makcik kat kampung yang buta IT tu. Sama je, bezanya mungkin aku comel sikit je..

Surat permohonan untuk ambil Sijil SPM kat maktab dah siap, lama dah.. Tapi belum lagi hantar. Aku rasa macam ada kemungkinan je aku tangguh lagi..

Apa masalah aku?

MALAS.




Bulan 3 nanti habis dah belajar, dan ada keinginan nak sambung. Mula-mula dulu rasa jugak nak sambung jurusan sama, tapi bila masuk je sem 5 tahun lepas dan sekarang sem 6 sudah, aku macam baru celik kot. Bidang tu bukan minat aku pun. Jadi aku study selama ni untuk apa?

STUDY SEMATA-MATA TAKNAK ORANG KATA AKU GATAL NAK KAWIN.

Sebut pasal orang kata ni, dalam hati ni rasa nak carut je. Sumpah-sumpah, maki orang yang mulut tempayan busuk air longkang tu. Ish tapi sebab parents x pernah ajar nak sumpah orang, tai aku sumpah jugak dalam hati dan juga semata-mata nak kekalkan kecomelan aku, jadi mulut aku masih terkawal.

Segarang-garang, sombong, berlagak aku ni pun aku x pernah lagi ludah orang ke, atau

"eiiuwww.... bukan taste i ok"

bila kawan-kawan dengan orang selekeh ke, dapat kawan dengan orang miskin ke, dll ..

Korang pernah dengar ke orang cakap macam tu? Lempang je laju-laju..
Sebab yang kata macam tu belum tentu taste dia bagus, dan yang paling penting belum tentu kaya pun. Kot-kot liabiliti je penuh.

Ok, aku rancang nak sambung study tahun ni. Harap-harap sempat lah kan =)
Semoga impian korang juga korang 'sempat' capai.


p/s : aku ni cincai, jangan kawan dengan aku..rugi je =)







p/s II : entah bila pulak aku update ni. aku kan bukan blogger konsisten..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...