Friday 22 June 2012

Kuekk...kuekkk...

Assalamualaikum,


Wah..wah..wah terdetik nak menulis terus online dan bukak blog. 
Hari ni...hujung minggu,yah!
Minggu depan ada quiz,exam walaupun baru minggu kedua. 
Assignment pun banyak dah, tapi yelah newbie dalam bidang yang ditempuhi sekarang jadi aku terus stuck dan kaget bila dapat assignment kena buat appointment dengan orang ni. 
Pendapat... aku mau pendapat tapi tak tahu nak tuju kat mana memandangkan masing-masing sibuk.
Nanar jugak aku dibuatnya ni.. T_T






Hati rasa uneasy, macam something will happen. Rasa semacam jelah ni, semua benda jadi tak kena rasanya.
Aku ada tanya hamba yang boleh dipercayai..


"wehh,nampak aku semacam tak? aku rasa otak aku tak duduk kat tempat yang betul je",


"mungkin sebab kau bleeding banyak kot ni..",


"bleeding mana? mana?",


"tuuu..." *dimuncungnya sedepa direct ke hidung


Tapi takkan la sebab bleeding kot aku jadi tak tentu hala ni.
Tadi drive, hampir aku nak langgar mati mampus mat rempit ni. Kata adik aku,orang kampung sebelah.
Tak..tak..kereta aku sihat lagi cuma motor budak tu dan sekali dengan budak tu je masuk parit.
Aku turun jugak dari kereta, aku tengok jelah kan. Nampak jelas kesakitan kat muka dia.
Ada pulak aku nak kisah? Tak pun.. Aku tengok aku pun naik kereta balik dan terus hantar kek rumah makcik aku. Wahh style takde nafsu gitu..


Aku confirm budak tu hidup lagi, tapi takde pulak mak bapak dia datang serang aku kat rumah.
Berani betul budak tu nak mengaku kat mak bapak dia yang dia tengah merempit kan masa kena tu.
Kalau style mak bapak back-up anak, mesti datang kan? 
Takpelah,tak kisah pun. Aku ni meraikan tetamu,datang la rumah aku..




Nak cakap sikit soal hati, entah kenapa jari ni laju je nak taip. Mungkin tengah sebak kot.. 
Kita tak boleh nak paksa hati orang ingat kita,terima kita selalu dan kita sentiasa ditempat teratas..
Tu benda yang paling aku taknak terima dulu, tapi bila makin hari walaupun berat kena jugak terima.
Dulu aku taknak terima sebab bila aku sedar benda tu,benda tu jadi lebih rumit dengan kebodohan dan kebangangan aku sendiri la jugak kat. Tup..tup...hilang gitu je. *kureng,adab letak kat nisan.





Bertakhta di hati..
Sentiasa.. tak pernah berubah pun, tetap yang sama selepas parents adalah benda yang sama.
Tak perlu cakap la kan apa,karang ada yang kata tak leh blah.
Benda kedua...bertakhta dihati..
Laptop..haha..sebab ni jelah tempat aku nak menaip dan buat kerja. Tapi semestinya bila dapat yang baru,yang kena kena pulangkan dah..Haish sabarlah hati...
Ketiga..
Buku wishlist aku sebelum aku kiok.. Setiap hari bangun mesti nampak sebab buku tu betul-betul atas meja.
Buku dah lama, tapi tak penuh pun. Sejak dua menjak ni je selalu tulis.


Aku takde kereta baru yang nak ragut tempat no 1-3 , kalau ada pun kereta orang yang aku sambung bayar. Aku nak juga beli VW,tapi mahal..Masuk wishlist yang tak mungkin dapat jelah. Haha..
Kalau aku dapat beli kereta murah pun nanti,aku harap ada seseorang yang boleh bagi pendapat sebabnya aku memang tak suka ambil tahu spec kereta. 


Tapi dari kereta baru,aku masih mahukan rumah.. Humm..
Aku taknak la beli lambat rumah, aku nak anak-anak aku membesar dalam rumah sendiri.
Berangan lagi...berangan..!!
Dalam bilik aku ada port dating.. dihiasi bantal kecik..
Ahhh sudah...sudah...virus dah ni..!!


Percaya atau tak aku kata yang kalau rezeki aku dapat kerja seawal umur 23 tahun, dalam umur 30 tahun aku bercadang nak kerja dari rumah je. Percaya? Cukup kan 7 tahun nak kumpul modal? 


Jap.. aku tahu panjang dah aku taip tapi..rasa ni tak hilang la. Aku nak nangis.. aduhhh kenapa ehh?




p/s : aku pergi dulu..dalam cahaya suram aku terselindung

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...