Monday 19 November 2012

Materialistik Itu Perlu

Assalamualaikum,

Ye ke dak aku eja materialistik tu?
Kalau dulu kita selalu je dengar kawan-kawan yang 'baik' cakap

"kau ni,materialistik betul la..nasib baik je mamat tu nak kawen dengan kau. biar la dia tak kerja pun,nanti kahwin dia pandai la fikir nak kerja,sikit-sikit menyimpan lama-lama senang la",

Atau korang dengar ayat jenis lain yang sama waktu dengannya..
Terserah..

Tapi sekarang semua benda berbeza, ni bukan macam zaman dulu kala.
Frankly speaking, aku tengok ramai sangat yang tak kerja tetap dan berkahwin.
Mereka banyak harapkan bantuan ibu bapa dan adik beradik.
Sekarang ni perempuan pun kena kerja nak tampung belanja rumah.
Nak harap sorang kerja,sorang lagi buat anak memang karam lah.

Aku faham perempuan yang materialistik cuma ini tak bermaksud aku sokong perempuan yang "gila besi".
Aku tahu mereka mahu hidup mereka terjamin dan begitu juga hidup anak-anak mereka.
Siapa nak hidup susah kan?

Sekarang ni zaman dah maju, banyak sangat cara kita boleh buat untuk dapat rezeki.
Salah satu adalah dengan cara berniaga.
Tak salah kan?

--- berehat kejap, sambil revision Financial Accounting 2

Ok sambung.
Tak kira berniaga apa yang penting jujur, jadi kita akan dapat hasil pendapatan yang berkat dan yang penting halal.
Nak bagi keluarga makan, wajiblah halal.

Aku sekarang ni pantang orang nak suruh aku buat kerja yang mampu isi duit poket aku, semua aku sapu.
Bukan sebab aku tamak, tapi kalau tak cuba sampai bila la pengalaman tu tak ada.
Tambahan pula aku tak bercadang nak bekerja luar rumah sampai tua. ^_^

Aku buat craft yang menggunakan felt, flannel, so on untuk barangan craft seperti bantal hiasan,brooch,car charm,keychain,dan lain-lain lagi. Custom made dan ada yang ready stock.

On my way, aku join bisnes untuk barangan craft juga yang main material dia adalah benang. Macam crochet dan knitting. Harap berjalan juga, aku cuma bantu promote sahaja.
Kalau boss nak bagi komisyen,tu rezeki la kan.

Dan makcik aku rajin pergi buat demo kat rumah aku, demo ice blended , ice cream.
Tentulah demo tu pakai mesin pengisar tu kan.
Sesiapa yang beli akan diberikan 2 bekas pengisar dan 1 mesin pengisar.
1 bekas tu untuk korang blend benda-benda yang bukan daripada buah-buahan.
Dan 1 bekas lagi untuk blend buah,biskut,ketul ais.

Contohnya korang nak buat kuih yang korang perlu adun sebati benda tu.
Contoh bahan (santan,gula,telur,pewarna,dll),
masukkan je dalam mesin, tekan on (automatik 1 minit akan kisar).
Tuang dalam loyang dan bakar..

Contoh lagi, korang nak buat kuah laksa.
Korang just masukkan ikan dalam pengisar tu dan memang terus hancur,tak ada tulang sikit pun.
Haluss je.

Harga dalam RM1K ++ tapi boleh buat beberapa kali bayaran.
Yang guna kad bank tu,just swap serendah RM150 sebulan je.
Kalau nak cepat habis,bayar banyak sikit.
Berminat? Cakap..
Kalau HQ boleh buat demo tempat korang, aku inform.
Kalau nak jadi ahli pun inform aku, RM40++ je.

Yang latest,sorang kawan ajak juga join bisnes.
Pada awalnya aku refuse sebab aku dah tak ada duit banyak pun.
Then bila dia kata just RM20++ je modal,aku terus minat.
Barang jualan pun cantik dan berguna.
Banyak pakaian la..
Jadi kalau berminat,inform juga aku dan masuk ahli. Starter kit akan di pos.

Tengok...banyak kan sumber boleh tolong.
Jangan la korang pergi join bisnes yang nak modal ribu riban,memang la sengkek.
Tapi high risk,high return..
Cuma redha je kalau tak menjadi.

So boleh email aku di amaninadzri@hotmail.com

Dan ingat, sekarang kita perlu untuk jadi sederhana materialistik.
Bila kahwin, bukan cinta yang kita guna untuk beli beras ^_^


p/s : dear abang (my future husband) , kita tak tahu jodoh kita sampai takat mana walaupun kita berkahwin dan ada anak nanti. kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa kita. jadi kita berdua kena usaha untuk adakan yang selesa untuk anak-anak kita. semua keperluan mereka dunia dan akhirat. supaya bila kita tiada nanti,anak-anak kita dah cukup sedia tempuh hidup dan mereka tak merungut kerana salah kita dalam besarkan mereka. In Shaa Allah, Allah permudahkan jalan kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...