Saturday 24 September 2011

Bersuamikan Mr/Ms. X ?

Assalamualaikum

Yup, sekadar contengan lagi nak kupas satu topik yang rasanya menarik. Menarik untuk pasangan yang tengah hot couple dan juga yang single mingle. Pernah tak korang bayangkan yang parents korang bertindak tanpa berbincang dengan korang? Soal perhubungan .. percintaan .. perkahwinan... ?

Pernah tak korang bayangkan korang akan berpisah dengan si dia yang korang puja sekarang ni? Pernah?

Perhubungan yang korang bina atas dasar cinta akhirnya terputus di tengah jalan angkara plan parents. Masa tu nak melatah, mencarut pun dah tak guna. Memang betul jodoh itu rahsia Allah S.W.T , tapi mungkin juga melalui ibu bapa atau korang sendiri.

Bila semua dah setuju tanpa rela atau tidak ....

Saat korang (lelaki) nak akad, bermula disitu tanggungjawab korang. Nak tak nak, korang kena jugak bimbing wife korang. Dan korang (perempuan) , setelah bergelar isteri segala tanggungjawab sebagai isteri korang kena turut. Mana boleh jadi macam Maya dalam cerita Adamaya tu ... Tak baik, tak bagus.

Selepas akad ...

Hah, masa ni apa pulak ceritanya? Takkan nak jadi macam Nora Elena kot, bila Seth datang je kat tepi dia terus bangun. Lama mana sangat bertahan macam tu? Last sekali pregnant jugak kan? Perhubungan suami isteri berjalan seperti pasangan lain atau tidak? Tu tanggungjawab bersama. Bagi suami yang faham situasi, mungkin masa ni dia akan bagi time-space kat wife untuk cool dan ready. Bukan main terjah je, tapi tu untuk suami memahami. Bagi yang tidak? Nasib badan ke?

Hari mendatang ...

Time nak tidur, isteri duduk hujung katil tu.. suami duduk hujung katil ni. Bangun je tidur, keadaan terpeluk. Cepat-cepat bangun dan betulkan baju (selalunya ni perempuan yang buat sebab saya tengok lelaki ni dia mudah adapt dengan situasi), muka merah je terus masuk bilik air. Keluar dari bilik air pulak, paksa suami mandi sebab malu nak salin baju depan suami. Suami keluar bilik air, isteri terus keluar bilik atas alasan nak sediakan sarapan. Berterusan macam ni sampai bila?

Miracle ..

Hanya keajaiban je boleh membuka mata dan hati untuk menerima orang asing. Tapi bila keajaiban tu nak muncul? Kita kena cari, kita kena usaha.. Kalau tak sampai bila zuriat takde dan mungkin hubungan tu akan berakhir dengan perceraian. Watch out!

Game ..

Pada pandangan saya, benda macam ni macam menyeronokkan. Belajar dan kenal sesuatu yang baru , mengenali dalam tempoh sudah sah suami isteri. Mesti sweet habis lah kan? Masih segan-segan, malu-malu then berputik la cinta tu.. Sayang pun datang jenguk ke jendela hati.
Nampak macam saya pulak lebih-lebih kan? T_T

Game error ...

Bercinta selepas kahwin macam kakak saudara aku, sweet sangat. Tak pernah kenal tapi sekarang anak nak masuk 3 dah. Bercinta lepas kahwin katanya. Tapi banyak sekarang isteri-isteri bukan nak take advantage, tapi banyak tempah bilik kat neraka. Makin tak kenal makin tunjuk hebat. Nak kata yang "ehh tanpa kau pun aku boleh hidup la", "kau boleh jalan la, takat muka macam kau ni ex aku lagi kacak la"... Rugi je la macam tu, bukan rugi pun.

Kesimpulan ..

Kena fikir positif, mungkin jodoh tu yang terbaik untuk kita dan mungkin ex kita tu dapat jodoh yang lagi bagus dari diri kita yang serba serbi kurang ni. Ikhlaskan hati.. Nikmati nikmat diberi dengan sepenuhnya


p/s : terasa lapar la pulak, bawah saji ada ape ye?

2 comments:

Syazana Ismail said...

i like this post..hurm bersuamikan mr.x? cam best jek..hee~~~

Cik Amani said...

ko memang Zaza..suke je yg mencabar pastu sakit kepala =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...