Monday 26 September 2011

Please show me the ...



Assalamualaikum uolls ~


Not only customers but parents are always right too.. but to all parents, please show some respect to ur children if u want them follow ur orders.


 "Yang muda disayangi, yang tua dihormati"
For the useless daughter like me, although I'm 20 but I'm still a daughter who want guide,love,care from a person called parents. Show me the right way, teach me when I'm forget about it, scold me if I'm really² wrong but don't break my heart with ur killer words. *dah2 la guna English, berterabur habis!


----------


Saya tak tahu anak-anak lain macam mana, mungkin hati mereka seteguh akar pokok yang rantingnya berselirat ke dahan² lain. Mungkin juga hati mereka setabah dan telinga mereka tebal. Atau mereka juga mungkin seorang anak yang hanya tahu memendam rasa seperti saya?


Anak dikatakan menderhaka sebaik sahaja menjawab apa yang parents ucapkan. Tepuk tangan anda jika anda tergolong dalam golongan ibu bapa yang memahami dan anak-anak bertuah. Saya tahu, masalah saya bukanlah besar, ada lagi individu² lain yg mempunyai masalah yg lagi besar. Dan ada lagi yg mempunyai masalah lagi teruk dengan parents mereka. Update ni bukan nak memperkecilkan para ibu bapa tetapi sekadar berkongsi rasa.


Bila dada sebak, otak sarat , jiwa kacau anak akan protes tapi berapa kerat sangat parents yg faham? Jika anak melakukan sesuatu,dan ianya bersebab kenapa perlu dimarah tanpa bertanya dahulu sebab? Dan jika anak mahu menjelaskan keadaan, kenapa harus disekat?


Parents always right, parents like a diva , parents my guardian angle


Sampai bila status diatas kekal dibibir anak? Atau parents fikir anak tiada hak untuk naikkan atau jatuhkan status tersebut? Sesetengah anak² keliru dengan sikap parents mereka, selalunya apa yg dilakukan oleh parents dijadikan panduan walaupun anak itu sudah besar. Jangan ... jangan sesekali marahkan anak jika suatu hari nanti apa yg parents lakukan akan terkena dan diulang tayang dihadapan parents kembali. Parents yg menjaga hati orang tuanya dan menjaga kebajikkan masyarakat amat dipuja dan meniti di setiap bait² doa di bibir si anak, tetapi apa yg peliknya disini sikap itu berubah apabila parents yg tadinya dipuja tidak sebegitu apabila bersama dengan anak. Apa alasannya?


Anak harus diajar dengan ketegasan baru nak dengar kata


Diatas itukah alasannya? Berpada-padalah.. Jangan melampau kerana itu membuatkan si anak takut, bukan hormat. Membuatkan anak seram,bukan sayang. Membuatkan anak protes bukan angguk.  Sesetengah parents melakukan hal sedemikian untuk anak mereka tanpa mereka fikir kesan mendatang.


Jaga kata-kata,kerana dengan kata-kata juga sesebuah kontrak boleh terbatal dan sesebuah ikatan boleh terputus. Jangan bermain dengan kata. Anak juga yg akan menjaga parents ketika parents sudah tua, anak yg mana? Biarlah kekal rahsia dan akan diketahui di hari akan datang...




p/s : kalau ada choc waktu macam ni kan best =)







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...