Saturday 24 September 2011

Kahwin ohh kahwin

Assalamualaikum uollss :)





Ape cer je hari ni?
Malam ni duduk layan video artis-artis kahwin , gempak sangat. Sentap kejap mak ni nyah oii ~ Kalau saya yang buat majlis sebegitu gempak, nampaknya lepas kahwin tu makan pasir la sebulan. Ok saya tak tahu la majlis orang lain kan, tapi ni majlis saudara sendiri yang saya rasa macam biasa je pun dah cecah ribu riban dik oii.

- Wedding planner bajet mesti lebih dari RM10k (pelamin + hotel + flower girl/boy + dll)
- Baju yang vogue tu pun ada kena bayaran tambahan jugak so sedia la seribu dua
- Majlis berinai sahaja RM1.5k (kalau saya,saya beli inai dan suruh adik inaikan je)
- Hantaran (barang-barang) dah cecah around RM30k ++ (agak la kan kalau dah iPad,Blackberry,dll *dua-dua belah pihak dapat) , tu   bukan lagi letak barang jenama Fendi 
- Duit hantaran (depends)
- Doorgift + cup cakes + dll around RM8k
- Majlis belah lelaki (diorang punya kos lah)
- Dan beberapa benda yang saya tak tahu nak sebut untuk dimasukkan dalam bajet.

So setakat yang saya cakap tu, berapa dah kos? Ok memang banyak! Saya bukan nak jaga tepi kain orang cuma saya nak kata kepada pembaca yang tak kahwin lagi ni, korang dah boleh start menabung sebab semakin tahun kos semakin mahal. Dapat pulak future wife yang high-maintenance, padan muka!

Balik semula kat saya menyelam di dunia maya tadi, saya baru dapat tahu yang Nabil & Zira nak kahwin 2/10/11 ni, Aqashah dah dapat anak , Danny X- Factor dah kahwin dan beberapa lagi lah. Sweet la *sebab dah kahwin sebab tu sweet, try tengah couple.. Saya malas nak kata sweet =) Tapi yang lain tu banyak gossip artis lah. Dosa free pulak =)

Bercakap soal artis ni, sepupu saya pun duk tengah tangkap cinta dengan seseorang ni. Jeng3... Walaupun orang sekeliling kata tak payah la dengan artis, bukan kekal pun sepupu saya akan jawab "jodoh tu biar Allah yang urus, aku usaha je", so apepun semoga kekal lah =)

Cakap pasal orang, korang bila lagi? Saya? Doakan cepat saya habis study, cepat la berlangsung =)

p/s : comel betul bunyi budak tu tido




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...